Showing posts with label Article Menarik. Show all posts
Showing posts with label Article Menarik. Show all posts

Thursday, 12 July 2012

Pasaran halal AS$2.3 trilion



SEKTOR perdagangan makanan halal mempunyai potensi lebih besar kerana ia bukan saja membabitkan isu makanan berasaskan syariah sebaliknya meliputi pelbagai cabang lain.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sektor makanan halal khususnya di peringkat Asean mempunyai potensi besar, namun masih banyak ruang perlu diperbaiki untuk memastikan lebih banyak aktiviti perdagangan produk halal dapat dilakukan.

“Potensi pasaran halal dunia dipercayai mencecah AS$2.3 trilion setahun, namun di kalangan negara Asean, nilai perdagangan produk halal adalah sekitar AS$693 bilion setahun.

“Ia membuktikan peluang untuk negara anggota Asean meneroka pasaran halal dunia adalah tinggi kerana ia bukan saja penting untuk masyarakat beragama Islam, sebaliknya turut mendapat permintaan di kalangan bukan Islam,” katanya selepas majlis penutup mesyuarat kesembilan Asean Working Group On Halal Food (AWGHF) di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, isu halal bukan saja membabitkan jenis makanan yang dihidangkan sebaliknya ia juga meliputi cara penyediaan dan kebersihan makanan serta premis.

Mukhriz berkata, setakat ini Malaysia mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dalam mencapai sasaran peningkatan enam peratus dalam eksport produk halal menjelang akhir tahun ini.

Antara produk halal yang dieksport merangkumi ramuan makanan seperti lemak, garam, emulsifier, perasa dan pewarna serta hasil minyak kelapa sawit.

Sementara itu, mesyuarat berkenaan antara lain membincangkan mengenai pendaftaran dan penyusunan 221 jenis aditif makanan halal, latihan kepada nazir halal, juruaudit makanan halal dan penganalisis makmal serta pelaksanaan garis panduan Asean mengenai makanan halal.


Thursday, 3 May 2012

Rich Malaysians grow wealth aggressively

KUALA LUMPUR: A study covering nine Asian markets described rich Malaysians as ambitious and aggressive in growing their wealth, with 75% aiming to be worth about US$4mil (RM12mil) within the next 10 years.

The Future Priority 2012 Report, the second series survey conducted by Standard Chartered Bank and Scorpio Partnership, captured the sentiment of over 2,700 wealthy Asians.

Malaysians remain confident in growing their wealth after Indonesia (98%), India (88%), China (78%) and Thailand (also 78%).

Affluent Malaysians’ top choices of investment are gold, high interest savings, unit trusts and real estate. — TIEW SIEW CHUEN
Tiew Siew Chuen, Country Head of Consumer Banking at Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, said affluent Malaysians needed an annual return of 15% to achieve their wealth target, compared to an average of 12% for Asia.

She said Asians were very confident of their wealth goal, based on the expected resilient economy going forward. She added that the region was seen as an excellent wealth creation opportunity platform.
“Affluent Malaysians’ top choices of investment are gold, high interest savings, unit trusts and real estate,” Tiew said at a media briefing here yesterday.

She said that in wealth creation, it was important to consider not just investments but also the use of credit.
The survey showed 42% of affluent Malaysians were smart wealth builders who make use of credit to enhance their investment returns.

Tiew added: “Borrowing is no longer seen as a liability to one’s wealth. Used carefully, it is a wealth management tool.”

She said, after the Thais, there was a strong desire among Malaysians to be financially independent when saving for retirement.

Tiew said affluent Malaysians agreed with those in South Korea and Indonesia that a house was a good long-term asset, compared to Thailand and India who consider it to be reflective of who they are. — Bernama

Kerajaan pantau kadar inflasi


 
MukHriz Tun Mahathir memotong riben merasmikan pembukaan Kopitiam Killiney cawangan Carrefour di Subang Jaya, semalam sambil diperhatikan pemilik Killiney Kopitiam, Kamarul Rizal (kiri). 
 
SUBANG JAYA 2 Mei - Kerajaan akan memantau dan menilai kadar inflasi berikutan kebimbangan peningkatan harga barangan selepas gaji minimum kebangsaan dilaksanakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pengenalan gaji minimum seharusnya meningkatkan kuasa beli pengguna tetapi ia boleh dikawal dengan pemantauan kesan-kesan lain seperti inflasi.

"Kerajaan mahu membantu golongan yang mempunyai pendapatan boleh guna yang terhad menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.

"Seharusnya semua pihak akan mendapat manfaat terutama bagi industri berkaitan kepenggunaan namun kami tetap akan menilai serta memantau kesan-kesan inflasi sekiranya harga barangan naik," katanya semasa sidang akhbar selepas dialog bersama usahawan dan pelancaran Kopitiam Killiney di sini hari ini.

Menyentuh mengenai kemungkinan ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) gulung tikar selepas gaji minimum kebangsaan dilaksanakan, Mukhriz berkata, tempoh tangguh (grace period) yang diberikan selama enam bulan selepas ia digazetkan memberi peluang untuk semua majikan bersedia.

Malah katanya, kerajaan juga bersedia untuk membantu dengan memberi latihan-latihan bersesuaian supaya pekerja-pekerja tersebut mampu meningkatkan produktiviti seiring dengan kadar gaji baru yang mereka terima.

"Walaupun dasar ini nampak seperti memenangkan pekerja namun jika dilihat dari sudut yang lebih luas, kita perlu melakukannya. Jika kita biarkan pasaran yang menentukannya, sampai bila-bila pun mereka tidak pernah bersedia," ujar beliau lagi.

Tuesday, 10 April 2012

Usahawan IKS gagal manfaat dana pinjaman francais mikro

BERA 25 Mac — Para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) digesa mengambil peluang menceburi bidang perniagaan francais yang berpotensi untuk berkembang pesat dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa menyokong bakal usahawan yang berminat dengan industri berkenaan dengan memperkenalkan dana pinjaman francais mikro yang boleh dipohon menerusi Perbadanan Nasional Bhd.

"Kerajaan memperuntukkan RM8 juta di bawah dana tersebut dan setakat ini hanya RM2 juta baharu dipohon.

"Menerusi perniagaan francais, perniagaan mereka boleh berkembang dengan lebih jauh, sehingga ke peringkat antarabangsa, dan banyak produk tempatan yang sebelum ini tidak dikenali dapat dikomersilkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan restoran makanan segera Marrybrown cawangan Bera di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, kira-kira 30 perniagaan francais jenama tempatan berjaya menembusi pasaran di 50 negara di seluruh dunia.-BERNAMA

Francais: Penglibatan masih kurang

KUALA LUMPUR 1 April - Penglibatan rakyat negara ini dalam industri francais masih kurang meskipun telah banyak usaha dilakukan kerajaan bagi mempromosikan industri berkenaan.

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah berkata, sebagai contoh, hanya RM1 juta daripada RM8 juta peruntukan bagi skim pinjaman mudah yang diberikan kerajaan digunakan selepas sembilan bulan ditawarkan.

Katanya, pinjaman bertujuan menggalakkan kumpulan berpendapatan rendah melibatkan diri dalam francais kecil dan mikro itu dipandang sepi mungkin disebabkan maklumat terhadapnya tidak disampaikan secara menyeluruh kepada masyarakat umum.

"Sehubungan itu, kini menjadi peranan golongan media untuk menghebahkan perkara ini kepada semua supaya industri francais dapat makmur bersama industri-industri lain," katanya ketika berucap pada Pertandingan Boling Francais Bersama Media, di sini hari ini.

Penutupan pertandingan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Turut hadir, pengerusi penganjuran pertandingan, Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO (BEPU), Datuk Sohaimi Shahadan.

Pada pertandingan itu, kategori perseorangan dan berpasangan dimenangi pasukan dari SME Bank manakala kategori trio dimenangi pasukan Sinar Harian. Masing-masing membawa pulang sijil, trofi dan hamper.

Turut diadakan, penyampaian sumbangan dana kepada Yayasan Make A Wish bernilai RM10,000 bagi membantu kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik di negara ini.

Sementara itu, jelas Abdul Malik, Franchise International Malaysia 2012 yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 Julai ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dijangka dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung.

"MFA amat bersyukur dengan pelbagai pendekatan kerajaan dalam memperkasakan industri francais termasuk mengecualikan cukai bagi setiap pembelian francais pada tahun ini," ujarnya.

Thursday, 29 March 2012

Ikan popular di Asia


TAHUKAH anda bahawa ikan arowana Asia atau kelisa (Scleropages formosus) merupakan antara ikan termahal di dunia. 

Setakat ini terdapat lebih daripada 10 variasi ikan arowana berdasarkan warna badannya. Ikan arowana ialah sejenis ikan primitif di dalam famili Osteoglossidae yang merupakan keturunan daripada kumpulan ikan yang wujud 54 juta tahun yang lalu. Sebenarnya ikan arowana bukan hanya terdapat di Malaysia sahaja.

Setakat ini terdapat enam spesies ikan arowana di bawah famili Osteoglossidae di dunia. Di benua Amerika Selatan, terdapat dua spesies arowana iaitu Osteoglossum bicirrhosum dan Arapaima gigas. Spesies Clupisudis niloticus merupakan ikan arowana yang terdapat di benua Afrika. Ikan arowana spesies Scleropages leichardtii terdapat di Australia dan New Guinea. Ikan arowana Australia mempunyai pertalian yang rapat dengan ikan Arowana Asia (Scleropages formosus) yang terdapat di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Menurut pensyarah Jabatan Sains Perikanan dan Akuakultur, Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Shahreza Md Sheriff selain mempunyai warna badan yang cantik, ikan arowana mempunyai dua ciri unik. ''Ia mempunyai lidah bertulang yang dipenuhi gigi. Selain itu, walaupun ia bernafas menggunakan insang, ia juga berkeupayaan bernafas dengan mengambil oksigen dari udara,'' ujarnya. Ikan arowana mempunyai pundi renang yang selain berfungsi sebagai organ pengapungan ia juga membantu dalam pernafasan. Udara yang diambil dari udara akan disimpan di dalam pundi renang dan digunakan untuk bernafas. Satu lagi ciri unik ialah, di dalam pembiakan, ikan arowana jantan akan mengeram telur dan benihnya selama 60 hari. ''Sewaktu tempoh pengeraman, ikan jantan tidak akan memakan sebarang makanan dan ia dijaga oleh induk betina. Inilah antara beberapa ciri unik ikan arowana,'' katanya.

Ikan arapaima


Dalam pada itu Dr. Shahreza memberitahu, umum mengetahui bahawa ikan arapaima ialah sejenis ikan hiasan yang sering dilihat di kolam hiasan, tangki akuarium dan bilik pameran. Tetapi tahukah anda bahawa ikan ini mempunyai banyak kepentingan lain. Ikan arapaima (Arapaima gigas) ialah sejenis ikan yang terdapat di hutan Amazon di Benua Amerika Selatan. Ia merupakan antara ikan air tawar terbesar di dunia dan boleh mencapai saiz sehingga tiga meter panjang. Ikan ini merupakan ikan primitif yang tergolong bersama dengan ikan arowana Asia di dalam famili Osteoglossidae. Setakat ini ia didagangkan sebagai ikan hiasan dan boleh didapati di negara ini.

Di negara Thailand, ikan ini telah dilepaskan di beberapa buah tasik untuk dijadikan sebagai salah satu ikan bagi perikanan rekreasi. Di Amerika Selatan, ikan ini terkenal dengan isinya yang enak. Bukan itu sahaja, sisiknya yang besar (mencapai enam sentimeter panjang) telah digunakan sebagai kertas pasir dan pengasah kuku oleh kaum peribumi Amerika Selatan manakala lidahnya digunakan sebagai pemarut. Di samping itu, sisiknya yang berwarna juga dijadikan sebagai barang perhiasan. Satu ciri unik ikan ini ialah walaupun ia mempunyai insang, sebenarnya ia bernafas sepenuhnya melalui udara. Ikan ini mempunyai pundi renang yang bersambungan dengan esofagus yang mana udara yang diambil akan disimpan di dalam pundi renangnya. Disebabkan oleh sifat ini, ia perlu naik ke permukaan setiap 10 hingga 15 minit untuk mendapatkan udara untuk bernafas. Disebabkan sifat ini jugalah, ia mudah ditangkap oleh kaum peribumi Amerika Selatan. Sekarang ini ikan arapaima sedang diancam kepupusan disebabkan oleh penangkapan berlebihan. Walaupun begitu ikan arapaima telah berjaya dibiak di dalam kurungan dan usaha telah dilakukan untuk menambah jumlah populasinya di hutan Amazon.

Ikan Clownfish


Umum telah mengetahui bahawa kebanyakan haiwan mamalia mempunyai struktur sosial mereka yang tersendiri. Tetapi tahukah anda bahawa ikan juga mempunyai struktur sosial yang unik.
Ikan clownfish (Amphiprion ocellaris) ialah sejenis ikan terumbu karang yang sangat dikenali ramai. Ia menjadi semakin popular dengan adanya filem animasi Walt Disney Finding Nemo dan pernah dijadikan sebagai maskot dalam sukan Malaysia (SUKMA) di Terengganu. Sebenarnya terdapat dua spesies ikan clownfish yang mempunyai struktur fizikal yang hampir sama iaitu Amphiprion ocellaris dan Amphiprion percula kecuali garisan hitam pada jalur putih di badan adalah lebih tebal pada A. Percula berbanding A. ocellaris.

A. ocellaris boleh didapati di perairan terumbu karang Malaysia manakala A. percula terdapat di perairan Australia. Ikan clownfish adalah ikan hermofrodit yang boleh bertukar jantina dan pada awalnya dilahirkan sebagai jantan. Ikan clownfish hidup dalam satu kumpulan kecil dan mempunyai struktur sosial yang sangat unik. Dalam kumpulan tersebut, hanya seekor induk betina dan seekor induk jantan sahaja yang berfungsi dalam pembiakan bagi kumpulan tersebut. Individu lain dalam kumpulan tersebut pula dikategorikan sebagai individu yang tidak dapat dibezakan jantina (undifferentiated, non-reproductive atau non-breeders).
Sekiranya induk betina dalam kumpulan tersebut mati, induk jantan yang dominan akan bertukar menjadi induk betina dan salah seekor daripada individu lain dalam kumpulan tersebut akan menjadi induk jantan untuk meneruskan proses pembiakan. Struktur sosial yang amat unik ini akan berterusan di dalam kumpulan ikan clownfish tersebut.

Ikan siakap


Sekiranya anda mendengar tentang ikan siakap, sudah semestinya terbayang difikiran akan masakan-masakan enak yang pernah dihidangkan di restoran seperti siakap stim, 'sweet sour' dan tiga rasa. Ikan siakap (Lates calcarifer) ialah salah satu ikan komersial yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia. Ia merupakan ikan yang popular di Asia Tenggara. Di kalangan masyarakat tempatan ia menjadi hidangan yang popular di restoran makanan laut. Ikan siakap bersifat eurihalin iaitu ia melakukan migrasi di antara air tawar dan air masin pada peringkat hidup yang berlainan. Habitatnya merangkumi sungai, muara, lagun, kawasan antara pasang surut, kawasan air payau, laut dan tasik. Disebabkan itu, pada masa sekarang ikan siakap bukan sahaja diternak di dalam air laut dan air payau, malahan ia juga diternak di dalam air tawar. Tetapi selain daripada mempunyai nilai komersial yang tinggi, tahukah anda bahawa ikan siakap mempunyai satu ciri yang unik dari segi biologi pembiakannya. Ikan siakap adalah ikan hermafrodit yang boleh bertukar jantina secara semulajadi. Ia mempunyai sifat protandrous hermafrodit yang mana dalam satu populasi ikan siakap, kitar hidupnya bermula sebagai jantan.
Apabila ia mencapai umur kematangan di antara tiga hingga empat tahun, sebahagian daripada individu di dalam populasi ikan ini akan bertukar seks menjadi betina untuk meneruskan proses pembiakan. Proses biologi ini akan berterusan di sepanjang kitar hidupnya.

Monday, 27 February 2012

Dividen KWSP




KWSP umum dividen 6 peratus


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8 peratus pada 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.