
KWSP umum dividen 6 peratus
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam
mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8
peratus pada 2010.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, kadar
dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan
bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya
berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.
Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah
diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada
pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.
Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik
KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan
memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu
meningkat 13.18 peratus daripada 2010.
"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi
pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta usaha berterusan
pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment