Thursday, 28 June 2012

Piawaian halal luaskan peluang niaga



GEORGE TOWN 28 Jun - Pelaksanaan piawaian MS2400 berdasarkan sistem Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline (HTAPS) adalah jaminan pendekatan yang ideal dalam usaha menyediakan produk yang selamat, suci dan berkhasiat, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Halal Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Sidin.

Beliau berkata, pelaksanaan siri MS2400 itu juga boleh membantu menghilangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan dan kesucian produk semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan peruncitan.

"Piawaian ini berpegang kepada prinsip memelihara integriti halal sepanjang rantaian bekalan, ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya pencemaran produk halal sekiranya disimpan bersama-sama dengan produk tidak halal," katanya dalam ucaptama pada seminar "Peluang-peluang Dalam Logistik Halal dan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean" di sini hari ini. Teks ucapannya dibaca oleh Naib Presiden HDC ,Dr. Malik Musharaf. - BERNAMA

1 comment:

  1. Wow, kalau komisen sampai 5 level, pastu boleh dapat sanpai RM617,300 untuk 1 downline je, ni dah memang peluang berniaga ni!!!!

    ReplyDelete