Wednesday, 11 July 2012

Dihukum tak daftar perniagaan dengan PERKESO


Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret di sini semalam, menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan ke atas seorang pemilik kedai jahit selepas mengaku bersalah tidak mendaftarkan perniagaannya dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dua tahun lalu.

Majistret Nurdiana Mohd Nazari turut memerintahkan Yong Chee Leong mendaftarkan perniagaannya dalam tempoh 14 hari berkuat kuasa semalam.Chee Leong, 43, pemilik T/A Romance Fashion, didakwa mungkir untuk mendaftar perusahaannya dengan PERKESO tidak lewat dari 30 hari seperti dikehendaki mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan 103 di premis perniagaannya antara jam 8.30 pagi, pada 31 Januari 2010. 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 94 (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Chee Leong, sepatutnya didakwa pada 14 Jun lalu, tetapi dia gagal menghadirkan diri sehingga Nurdiana mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan menetapkan sebutan semalam.

1 comment:

  1. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM boleh pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

    ReplyDelete