BERA 25 Mac — Para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS)
digesa mengambil peluang menceburi bidang perniagaan francais yang
berpotensi untuk berkembang pesat dan menjana pendapatan yang lebih
tinggi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa menyokong bakal usahawan
yang berminat dengan industri berkenaan dengan memperkenalkan dana
pinjaman francais mikro yang boleh dipohon menerusi Perbadanan Nasional
Bhd.
"Kerajaan memperuntukkan RM8 juta di bawah dana tersebut dan setakat ini hanya RM2 juta baharu dipohon.
"Menerusi perniagaan francais, perniagaan mereka boleh berkembang
dengan lebih jauh, sehingga ke peringkat antarabangsa, dan banyak produk
tempatan yang sebelum ini tidak dikenali dapat dikomersilkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan restoran makanan segera Marrybrown cawangan Bera di sini hari ini.
Katanya, setakat ini, kira-kira 30 perniagaan francais jenama
tempatan berjaya menembusi pasaran di 50 negara di seluruh
dunia.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment