
Wan Salamah Zakaria (kanan) menunjukkan produk kesihatan yang diperbuat daripada mengkudu.
KOTA BHARU 17 April - Kecewa dengan tindakan
sebuah syarikat yang mungkir janji untuk membeli daun dan buah mengkudu
yang diusahakannya, Wan Salamah Zakaria, 59, dari Kampung Lancang,
Ketereh dekat sini, nekad memproses sendiri bahan tersebut untuk
dijadikan minuman kesihatan.
Berkat kesabaran dan kesungguhannya, Wan Salamah, ibu tunggal kepada
sembilan orang anak, akhirnya mampu mengeluarkan jus mengkudu
menggunakan jenama De Salama sejak lima tahun lalu.
Pemilik syarikat SM Positif Enterprise yang berpangkalan di Jalan
Padang Tembak, Pengkalan Chepa itu memberitahu, pada awalnya syarikat
hanya mampu menghasilkan 200 botol jus mengkudu untuk kegunaan pesakit
kencing manis dan darah tinggi sekitar kawasan kampungnya.
Bagaimanapun berdasarkan sambutan menggalakkan penduduk, pihaknya
telah meningkatkan pengeluaran dan sehingga kini mampu menghasilkan
kira-kira 5,000 botol jus berkenaan sebulan bergantung kepada tempahan
yang diterima.
"Saya mendapati kesihatan pesakit yang meminum jus berkenaan semakin
bertambah baik dan keadaan itu mendorong saya untuk meningkatkan
pengeluaran produk," katanya ketika ditemui di sini, semalam
No comments:
Post a Comment