Thursday, 3 May 2012

Kerajaan pantau kadar inflasi


 
MukHriz Tun Mahathir memotong riben merasmikan pembukaan Kopitiam Killiney cawangan Carrefour di Subang Jaya, semalam sambil diperhatikan pemilik Killiney Kopitiam, Kamarul Rizal (kiri). 
 
SUBANG JAYA 2 Mei - Kerajaan akan memantau dan menilai kadar inflasi berikutan kebimbangan peningkatan harga barangan selepas gaji minimum kebangsaan dilaksanakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pengenalan gaji minimum seharusnya meningkatkan kuasa beli pengguna tetapi ia boleh dikawal dengan pemantauan kesan-kesan lain seperti inflasi.

"Kerajaan mahu membantu golongan yang mempunyai pendapatan boleh guna yang terhad menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.

"Seharusnya semua pihak akan mendapat manfaat terutama bagi industri berkaitan kepenggunaan namun kami tetap akan menilai serta memantau kesan-kesan inflasi sekiranya harga barangan naik," katanya semasa sidang akhbar selepas dialog bersama usahawan dan pelancaran Kopitiam Killiney di sini hari ini.

Menyentuh mengenai kemungkinan ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) gulung tikar selepas gaji minimum kebangsaan dilaksanakan, Mukhriz berkata, tempoh tangguh (grace period) yang diberikan selama enam bulan selepas ia digazetkan memberi peluang untuk semua majikan bersedia.

Malah katanya, kerajaan juga bersedia untuk membantu dengan memberi latihan-latihan bersesuaian supaya pekerja-pekerja tersebut mampu meningkatkan produktiviti seiring dengan kadar gaji baru yang mereka terima.

"Walaupun dasar ini nampak seperti memenangkan pekerja namun jika dilihat dari sudut yang lebih luas, kita perlu melakukannya. Jika kita biarkan pasaran yang menentukannya, sampai bila-bila pun mereka tidak pernah bersedia," ujar beliau lagi.

No comments:

Post a Comment