Saturday, 30 June 2012

Pemborong ikan usahawan keropok



Pekerja memasukkan bancuhan sata ke dalam ketuhar.



MENYEDARI produk berasaskan ikan mampu memberi pulangan berlipat kali ganda terutama jika dikomersialkan sekitar ibu kota, seorang pemborong ikan tekad meninggalkan kampung halaman untuk mencuba peluang tersebut.

Keputusan berhijrah dari Terengganu ke ibu negara pada tahun 1977 merupakan percaturan yang terpaksa diambil walaupun pada mulanya dia sendiri tidak yakin dengan tindakannya itu .

Namun bagi Wan Mohd. Yusof Ali, 59, keputusan itu merupakan antara risiko yang harus ditanggung usahawan jika berhasrat untuk memajukan perniagaan mereka.

"Jika tidak berani dan bersedia untuk menanggung risiko, sampai bila-bila pun kita tidak akan maju.

''Golongan usahawan kecil dan sederhana terutamanya akan terus ketinggalan dalam arus pemodenan negara," katanya ketika ditemui di kilang pemprosesan keropok lekor miliknya di Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman mengusahakan Twin Softa Food Enterprise (Softa), dia yang merupakan pemborong ikan di Pasar Borong Selayang mendapat idea untuk mengusahakan keropok lekor setelah menyedari lebihan ikan terpaksa dijual pada harga yang jauh lebih murah setiap hari.

Menyedari perkara tersebut akan memberi kesan negatif terhadap perniagaannya, dia mendapat idea untuk memproses lebihan ikan tersebut menjadi keropok lekor dan bercita-cita mengkomersialkan hasil keluarannya.
Pada awal pembabitan, dia mengusahakan keropok perusahaan secara kecil-kecilan di belakang rumahnya yang terletak di Kampung Semarak, Sentul bersama isteri, Che Latifah Ahmat.

Dengan modal permulaan sebanyak RM1,000 untuk membina bangsal, dia bersama isteri menghasilkan keropok lekor secara manual dan tradisional tanpa sebarang peralatan sokongan.
"Memandangkan saya berasal daripada keluarga nelayan dan kebanyakan penduduk sekitar kampung juga merupakan pengusaha keropok lekor, saya dapat ilmu pemprosesan melalui pemerhatian serta tunjuk ajar dari mereka.

"Dari situ, saya menggunakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk memproses sendiri keropok lekor.

"Sebagai permulaan, kami hanya dapat menghasilkan lima hingga 10 kilogram keropok lekor sahaja sehari satu hari," katanya ketika menceritakan pengalamannya memulakan perusahaan keropok lekor.

Oleh kerana kekangan tugas sebagai pemborong ikan, dia hanya dapat memasarkan keropok lekor keluaran syarikatnya kepada beberapa orang penjual di pasar malam sekitar Selayang.

Menyedari sambutan yang semakin menggalakkan daripada pelanggan, Wan Mohd. Yusof mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah lot tanah di Kampung Padang Balang, Sentul bagi memudahkan pengeluaran keropok berkenaan.

Selain penghasilan produk utama seperti keropok lekor, kini Softa sedang giat mempromosikan produk sejuk beku lain seperti sata dan otak-otak.

Menurut Wan Mohd. Yusof, kedua-dua produk tersebut dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti inti sata dibalut kulit popia dan otak-otak tradisional yang dibungkus dalam daun pisang.

Sehingga kini, produk sejuk beku Softa telah berada di beberapa pasar raya sejuk beku sekitar Lembah Klang serta turut menjadi pemborong kepada peniaga pasar malam sekitarnya.

Mengenai perancangan memajukan rangkaian jenama Softa, Wan Mohd Yusof menjelaskan, promosi kini sedang giat dijalankan termasuk menggunakan lori bergerak ketika Festival Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan sebagainya.

"Bagi memperkenalkan rangkaian produk, Softa menyertai pameran makanan halal seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), MIHAS dan sebagainya supaya orang ramai dapat mengenali produk kami dengan lebih dekat.

"Kami percaya, dengan menyertai pameran seperti itu, orang ramai dapat rasa sendiri keenakan rangkaian produk kami sekali gus akan memilih jenama ini sebagai pilihan di masa akan datang," ujarnya penuh yakin.

Ketika ditanya mengenai sumber bekalan isi ikan, dia menjelaskan, pelbagai spesies ikan terpilih digunakan bagi menyediakan keropok lekor dan produk lain.

Jelasnya bahan mentah tersebut didatangkan khas dari Besut, Terengganu dan Kedah dua kali seminggu dengan setiap bekalan sebanyak tiga tan.

Berdasarkan bekalan bahan mentah, Softa berupaya menghasilkan sehingga dua tan keropok lekor dan 30 kilogram sata setiap hari selain produk sampingan lain seperti bebola ikan.

Dengan bantuan seramai 30 orang pekerja di kilangnya yang terletak di Bukit Beruntung, kini Softa mampu memenuhi permintaan pelanggan sekitar Seremban, Melaka, Perak , Pahang dan Terengganu.

Thursday, 28 June 2012

Piawaian halal luaskan peluang niaga



GEORGE TOWN 28 Jun - Pelaksanaan piawaian MS2400 berdasarkan sistem Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline (HTAPS) adalah jaminan pendekatan yang ideal dalam usaha menyediakan produk yang selamat, suci dan berkhasiat, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Halal Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Sidin.

Beliau berkata, pelaksanaan siri MS2400 itu juga boleh membantu menghilangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan dan kesucian produk semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan peruncitan.

"Piawaian ini berpegang kepada prinsip memelihara integriti halal sepanjang rantaian bekalan, ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya pencemaran produk halal sekiranya disimpan bersama-sama dengan produk tidak halal," katanya dalam ucaptama pada seminar "Peluang-peluang Dalam Logistik Halal dan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean" di sini hari ini. Teks ucapannya dibaca oleh Naib Presiden HDC ,Dr. Malik Musharaf. - BERNAMA

Monday, 25 June 2012

Usahawan dipelawa sertai Ekspo Halal di Maghribi


Nora Aida Abdul Yazaid menunjukkan beberapa produk yang berpotensi dipasarkan ke pasaran antarabangsa.

KUALA LUMPUR 19 Jun - WorldClass Trade and Industries (WorldClass) mempelawa usahawan produk makanan halal dan produk bukan makanan untuk menyertai Ekspo Halal Antarabangsa 2012 di Maghribi pada September ini.

WorldClass merupakan syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan perundingan profesional pengeluar produk tulen (OEM), promosi dan wakil ekspo antarabangsa.

Ekspo yang julung kali diadakan di Ministere des Habous dan Des Affaires Islamiques Centre Cultural et Administratif Meknes, Maghribi pada 13 hingga 15 September itu mendapat sokongan Meknes Investment (Centre Regional D'investissement) dan juga agensi lain yang terbabit.

Pengurus WorldClass, Nora Aida Abdul Yazaid berkata, Ekspo Halal Antarabangsa itu dianjurkan berikutan keputusan yang dibuat pada persidangan sektor halal di Konvensyen Perancis Maghreb 2011 di bawah naungan Baginda Raja Mohammed IV.

''Penyertaan usahawan Malaysia di dalam ekspo ini dapat mengetengahkan produk-produk halal dan perkhidmatan negara ini yang berpotensi, sekali gus mampu mempromosi serta memasarkan produk buatan tempatan untuk menembusi pasaran di negara berkenaan.

''Ini kerana Maghribi adalah 'pintu' bagi Arab Maghreb Union (UMA) serta negara-negara Eropah dengan penduduknya berjumlah 31 juta dan kira-kira 99 peratus rakyatnya beragama Islam,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Malumat lanjut boleh diperoleh di laman web: www.expo-halal-international.com atau hubungi talian 010-3400922 atau 010- 2813522.

Selain ekspo berkenaan, syarikat juga mewakili Asia bagi Ekspo Emas Saudi (11 hingga 13 November ini) di Jeddah dan Pameran Fesyen dan Aksesori Antarabangsa Ketiga pada 22 hingga 25 Disember di Jeddah, Arab Saudi.

PKS disaran sertai e-dagang


KUALA LUMPUR 25 Jun - SME Corp Malaysia menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya menceburi bidang e-dagang memandangkan tempat pasaran elektronik itu mempunyai jangkauan yang lebih besar daripada pasaran tradisional.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim berkata, e-pasaran membolehkan firma-firma mencapai pelanggan yang lebih berpotensi, menyebabkan peningkatan dalam bilangan pesaing, di samping menghapus halangan geografi.

"Salah satu kelebihan e-dagang ialah syarikat- syarikat kecil dapat bersaing dengan firma-firma yang lebih besar dari segi kualiti dan akses," katanya di sini, hari ini. - BERNAMA

Thursday, 3 May 2012

Rich Malaysians grow wealth aggressively

KUALA LUMPUR: A study covering nine Asian markets described rich Malaysians as ambitious and aggressive in growing their wealth, with 75% aiming to be worth about US$4mil (RM12mil) within the next 10 years.

The Future Priority 2012 Report, the second series survey conducted by Standard Chartered Bank and Scorpio Partnership, captured the sentiment of over 2,700 wealthy Asians.

Malaysians remain confident in growing their wealth after Indonesia (98%), India (88%), China (78%) and Thailand (also 78%).

Affluent Malaysians’ top choices of investment are gold, high interest savings, unit trusts and real estate. — TIEW SIEW CHUEN
Tiew Siew Chuen, Country Head of Consumer Banking at Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, said affluent Malaysians needed an annual return of 15% to achieve their wealth target, compared to an average of 12% for Asia.

She said Asians were very confident of their wealth goal, based on the expected resilient economy going forward. She added that the region was seen as an excellent wealth creation opportunity platform.
“Affluent Malaysians’ top choices of investment are gold, high interest savings, unit trusts and real estate,” Tiew said at a media briefing here yesterday.

She said that in wealth creation, it was important to consider not just investments but also the use of credit.
The survey showed 42% of affluent Malaysians were smart wealth builders who make use of credit to enhance their investment returns.

Tiew added: “Borrowing is no longer seen as a liability to one’s wealth. Used carefully, it is a wealth management tool.”

She said, after the Thais, there was a strong desire among Malaysians to be financially independent when saving for retirement.

Tiew said affluent Malaysians agreed with those in South Korea and Indonesia that a house was a good long-term asset, compared to Thailand and India who consider it to be reflective of who they are. — Bernama

Kerajaan pantau kadar inflasi


 
MukHriz Tun Mahathir memotong riben merasmikan pembukaan Kopitiam Killiney cawangan Carrefour di Subang Jaya, semalam sambil diperhatikan pemilik Killiney Kopitiam, Kamarul Rizal (kiri). 
 
SUBANG JAYA 2 Mei - Kerajaan akan memantau dan menilai kadar inflasi berikutan kebimbangan peningkatan harga barangan selepas gaji minimum kebangsaan dilaksanakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pengenalan gaji minimum seharusnya meningkatkan kuasa beli pengguna tetapi ia boleh dikawal dengan pemantauan kesan-kesan lain seperti inflasi.

"Kerajaan mahu membantu golongan yang mempunyai pendapatan boleh guna yang terhad menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.

"Seharusnya semua pihak akan mendapat manfaat terutama bagi industri berkaitan kepenggunaan namun kami tetap akan menilai serta memantau kesan-kesan inflasi sekiranya harga barangan naik," katanya semasa sidang akhbar selepas dialog bersama usahawan dan pelancaran Kopitiam Killiney di sini hari ini.

Menyentuh mengenai kemungkinan ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) gulung tikar selepas gaji minimum kebangsaan dilaksanakan, Mukhriz berkata, tempoh tangguh (grace period) yang diberikan selama enam bulan selepas ia digazetkan memberi peluang untuk semua majikan bersedia.

Malah katanya, kerajaan juga bersedia untuk membantu dengan memberi latihan-latihan bersesuaian supaya pekerja-pekerja tersebut mampu meningkatkan produktiviti seiring dengan kadar gaji baru yang mereka terima.

"Walaupun dasar ini nampak seperti memenangkan pekerja namun jika dilihat dari sudut yang lebih luas, kita perlu melakukannya. Jika kita biarkan pasaran yang menentukannya, sampai bila-bila pun mereka tidak pernah bersedia," ujar beliau lagi.

Monday, 23 April 2012

Rezeki jus mengkudu


Wan Salamah Zakaria (kanan) menunjukkan produk kesihatan yang diperbuat daripada mengkudu.



KOTA BHARU 17 April - Kecewa dengan tindakan sebuah syarikat yang mungkir janji untuk membeli daun dan buah mengkudu yang diusahakannya, Wan Salamah Zakaria, 59, dari Kampung Lancang, Ketereh dekat sini, nekad memproses sendiri bahan tersebut untuk dijadikan minuman kesihatan.

Berkat kesabaran dan kesungguhannya, Wan Salamah, ibu tunggal kepada sembilan orang anak, akhirnya mampu mengeluarkan jus mengkudu menggunakan jenama De Salama sejak lima tahun lalu.

Pemilik syarikat SM Positif Enterprise yang berpangkalan di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa itu memberitahu, pada awalnya syarikat hanya mampu menghasilkan 200 botol jus mengkudu untuk kegunaan pesakit kencing manis dan darah tinggi sekitar kawasan kampungnya.

Bagaimanapun berdasarkan sambutan menggalakkan penduduk, pihaknya telah meningkatkan pengeluaran dan sehingga kini mampu menghasilkan kira-kira 5,000 botol jus berkenaan sebulan bergantung kepada tempahan yang diterima.

"Saya mendapati kesihatan pesakit yang meminum jus berkenaan semakin bertambah baik dan keadaan itu mendorong saya untuk meningkatkan pengeluaran produk," katanya ketika ditemui di sini, semalam