Wednesday, 4 July 2012

Malaysia jadi platform Jepun



KUALA LUMPUR 4 Julai - Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) mahu bekerjasama dengan Malaysia untuk membolehkan syarikat-syarikat berasaskan makanan Jepun menerokai pasaran halal dunia yang berpotensi besar.

Pengarah Urusannya, Joji Ikeshita berkata, pihaknya berminat menjadikan Malaysia sebagai platform untuk memasuki pasaran makanan Asia Barat dan juga negara-negara Islam.

Malah, beliau tidak menolak untuk mengimport sistem pengiktirafan halal yang digunakan Malaysia, untuk digunakan di negara mata hari terbit itu pada masa depan.

''Malah, terdapat idea yang diutarakan untuk mewujudkan taman halal di Nigata, Jepun,'' kata beliau, sambil menambah penerimaan pengiktirafan halal Malaysia di kawasan majoriti rakyat Islam di China, menarik minat Jepun untuk mengadakan kerjasama.

Loans from Tekun Nasional is a big boost for entrepreneurs

SHARINA Zaidun’s dream to operate a pre-school could have remained a dream, if it was not for Tekun Nasional.

In 2005, she applied for a RM30,000 loan from Tekun, which enabled her to establish not one but three pre-schools in Seri Manjung.
Three years ago, Sharina took another RM50,000 loan to expand her business and today, is the successful owner of four kindergartens and five nurseries with 28 teachers on her payroll.
One for the album: Recipients of the Tekun entrepreneurship loans from Perak taking a photo with Dr Zambry (middle) and Abdul Rahim (left).
“I will not be where I am today had it not been for Tekun.
“The loan facility from Tekun has turned my life around,” said the 49-year-old, who was one of the six Tekun Outstanding Entrepreneurs Award recipients.
The awards were handed out during a Tekun luncheon with entrepreneurs from Beruas, Teluk Intan, Bagan Datoh, Pasir Salak and Parit at the Marina Island Resort in Lumut.
Tekun managing director Datuk Abdul Rahim Hassan said the agency’s role was not only to help small and medium enterprise owners to kickstart their ventures but also to help them expand.
Success story: Sharina is one of the six recipients of the Tekun Outstanding Entrepreneurs Award.
Abdul Rahim, who is also Tekun chief executive officer, said the agency under the Agriculture and Agro-based Ministry had provided micro-credit loans to 215,608 Bumiputra entrepreneurs since it was established in 1998.
He said Tekun had collected RM1.3bil out of the RM2.1bil it has loaned out over the past 14 years.
The figure equated to seven out of 10 borrowers having repaid their loans.
“The repayment rate is encouraging and I hope it can continue to increase,” he said, adding that the majority of defaulters were those who were facing financial difficulty.
Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said Tekun had helped people escape poverty through entrepreneurship.
Dr Zambry, who is also Pangkor assemblyman, later gave out cheques worth RM1.8mil to 119 successful applicants on behalf of Tekun.
Some RM206mil in loans has been disbursed to 14,338 successful applicants nationwide between January and May.

Tuesday, 3 July 2012

Denda dan penjara jika gagal pamer sijil halal mulai Ahad ini

bilik terakhir


Kuala Lumpur: Pengusaha premis makanan, yang masih menggunakan dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai ini.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, mulai tarikh itu, pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

"Memandangkan tempoh amaran akan berakhir esok, maka mulai Ahad ini Jakim tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana premis makanan yang tidak menggunakan logo halal Jakim atau MAIN," katanya.

Othman mengingatkan pengusaha premis makanan bahawa penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti 'ditanggung halal', 'makanan orang Islam', 'buffet Ramadan' dan lambang lain atau objek Islam yang mengelirukan adalah dilarang melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Beliau berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada Jakim sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan logo dan ungkapan halal.

"Jakim juga mengingatkan dan memohon kerjasama pengusaha premis makanan supaya lebih bersedia dan peka dengan perintah berkenaan dari semasa ke semasa," katanya. - BERNAMA

Sedia pakej bersepadu



PROJEK Usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan atau Prosper yang diperkenalkan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sudah melalui beberapa fasa transformasi.

Kini ramai usahawan Bumiputera menerokai bidang peruncitan dan pemborongan, sekali gus membuktikan peluang digunakan sepenuhnya oleh usahawan dengan bantuan dan sokongan organisasi seperti PUNB. 

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Harian Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri, bersama Ketua Eksekutif PUNB, Datuk Mohd Nasir Ahmad (gambar), mengenai peluang yang boleh diambil oleh usahawan Bumiputera menerusi Prosper serta program dianjurkan PUNB sejak diperkenalkan kepada umum. 

 SEJAK bilakah skim Prosper mula diperkenalkan PUNB dan apakah objektif serta fokus utama operasi PUNB? 


Skim Prosper diperkenalkan oleh PUNB pada 2 Ogos 2000 dan sekarang sudah 10 tahun dilaksanakan terutama dalam membantu meningkatkan jumlah dan kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor perindustrian dan perdagangan. 


Selaras dengan penubuhan PUNB, Skim PKS diwujudkan untuk membantu Bumiputera menceburi perniagaan di dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan Skim Prosper Runcit diperkenalkan pada 2000 bagi membantu usahawan menceburi bidang peruncitan serta diperluaskan kepada golongan profesional yang berminat dalam perniagaan. 

Fokus utama operasi PUNB ialah menyediakan pakej keusahawanan bersepadu untuk membangun usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan dan PKS. 

Berapa ramaikah usahawan Bumiputera yang dibantu PUNB dan berapa banyak yang sudah disalurkan kepada usahawan setakat ini? 

Sehingga 31 Ogos 2010, di bawah Skim Prosper Runcit, sebanyak RM304.3 juta dana sudah diagihkan kepada 2,176 syarikat serta perniagaan dan seramai 3,758 usahawan peruncit dibangunkan membabitkan pelbagai bidang perniagaan. 

Manakala, bagi Skim Prosper Siswazah, PUNB membantu 569 usahawan muda dengan pengagihan dana bernilai RM18.5 juta dan bagi Skim Pemborong Prosper, sebanyak RM201.5 juta diagihkan kepada 123 perniagaan membabitkan seramai 218 usahawan pemborong. 

Setakat ini juga, PUNB sudah membangunkan kira-kira 6,000 usahawan Bumiputera yang terbabit dalam pelbagai sektor dan dari segi nilai jualan, dianggarkan bagi semua usahawan berkenaan melebihi RM4 bilion setahun. 

Bagaimanakah PUNB membantu mereka yang berminat menyertai skim Prosper yang diwujudkan? 

PUNB meletakkan kepentingan yang tinggi kepada kualiti usahawan dan kualiti projek yang hendak dibangunkan oleh pemohon. Ia dua kriteria utama yang menjadi penentu kelulusan sesuatu pembiayaan itu. 

Di PUNB, kami lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti dan peranan PUNB berbeza dengan bank dan institusi kewangan lain kerana kami memainkan tanggungjawab sebagai pemberi pinjaman dan sebagai perunding khidmat korporat untuk membangun usahawan Bumiputera dan perniagaan mereka. 

Selain itu, PUNB menawarkan beberapa jenis skim Prosper yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pemohon iaitu Skim Prosper Runcit, Skim Prosper Siswazah, Skim Pemborong Prosper dan Skim Siswazah Perantis PUNB. 

Apakah perancangan PUNB bagi masa akan datang untuk terus menjadi badan bertanggungjawab membantu usahawan Bumiputera? 

Kami di PUNB hanya boleh memberi pembiayaan dan khidmat nasihat kepada usahawan, namun selebihnya terletak pada diri mereka sendiri untuk terus berdaya saing serta menghasilkan kejayaan kerana usaha dan komitmen tinggi pasti membuahkan kejayaan bukan saja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai ikutan kepada usahawan Bumiputera lain.

Penubuhan cawangan wilayah PUNB yang pertama di pantai timur iaitu di Terengganu yang akan dibuka awal November ini juga membuktikan komitmen PUNB memberi perkhidmatan terbaik kepada usahawan Bumiputera di seluruh negara. 

Bagaimana cara menghubungi PUNB bagi sebarang pertanyaan? 

PUNB membuka peluang kepada semua usahawan Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada. 

Untuk mengetahui lebih lanjut syarat kelayakan dan proses permohonan, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol PUNB, 1300-13-7862 atau melayari www.punb.com.my.

42 PKS berjaya capai piawaian Malaysia Brand


SUBANG JAYA 3 Julai - Sebanyak 42 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah menepati piawaian persijilan National Mark of Malaysian Brand (Malaysia Brand) sejak ia diperkenalkan dua tahun lalu.

Pengerusi SME Corporation Malaysia, Datuk Ir. Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, produk yang mendapat persijilan Malaysia Brand akan dipromosikan di luar negara dan turut menerima geran khas daripada pihaknya.

“Geran khas berjumlah RM100,000 itu disalurkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi dalam tempoh dua tahun.

“Sebanyak 42 syarikat yang menerima pengiktirafan tersebut adalah daripada 85 permohonan kesemuanya sejak ia diperkenalkan," katanya pada majlis penyampaian sijil tersebut kepada syarikat ke-42, iaitu Delta Perdana Sdn. Bhd. (DPSB) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan DPSB, Borhanuddin Ramli dan Pengarah Urusan Sirim QAS International Sdn. Bhd., Khalidah Mustafa.

Saturday, 30 June 2012

Pemborong ikan usahawan keropok



Pekerja memasukkan bancuhan sata ke dalam ketuhar.



MENYEDARI produk berasaskan ikan mampu memberi pulangan berlipat kali ganda terutama jika dikomersialkan sekitar ibu kota, seorang pemborong ikan tekad meninggalkan kampung halaman untuk mencuba peluang tersebut.

Keputusan berhijrah dari Terengganu ke ibu negara pada tahun 1977 merupakan percaturan yang terpaksa diambil walaupun pada mulanya dia sendiri tidak yakin dengan tindakannya itu .

Namun bagi Wan Mohd. Yusof Ali, 59, keputusan itu merupakan antara risiko yang harus ditanggung usahawan jika berhasrat untuk memajukan perniagaan mereka.

"Jika tidak berani dan bersedia untuk menanggung risiko, sampai bila-bila pun kita tidak akan maju.

''Golongan usahawan kecil dan sederhana terutamanya akan terus ketinggalan dalam arus pemodenan negara," katanya ketika ditemui di kilang pemprosesan keropok lekor miliknya di Bukit Jelutong, Shah Alam, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman mengusahakan Twin Softa Food Enterprise (Softa), dia yang merupakan pemborong ikan di Pasar Borong Selayang mendapat idea untuk mengusahakan keropok lekor setelah menyedari lebihan ikan terpaksa dijual pada harga yang jauh lebih murah setiap hari.

Menyedari perkara tersebut akan memberi kesan negatif terhadap perniagaannya, dia mendapat idea untuk memproses lebihan ikan tersebut menjadi keropok lekor dan bercita-cita mengkomersialkan hasil keluarannya.
Pada awal pembabitan, dia mengusahakan keropok perusahaan secara kecil-kecilan di belakang rumahnya yang terletak di Kampung Semarak, Sentul bersama isteri, Che Latifah Ahmat.

Dengan modal permulaan sebanyak RM1,000 untuk membina bangsal, dia bersama isteri menghasilkan keropok lekor secara manual dan tradisional tanpa sebarang peralatan sokongan.
"Memandangkan saya berasal daripada keluarga nelayan dan kebanyakan penduduk sekitar kampung juga merupakan pengusaha keropok lekor, saya dapat ilmu pemprosesan melalui pemerhatian serta tunjuk ajar dari mereka.

"Dari situ, saya menggunakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk memproses sendiri keropok lekor.

"Sebagai permulaan, kami hanya dapat menghasilkan lima hingga 10 kilogram keropok lekor sahaja sehari satu hari," katanya ketika menceritakan pengalamannya memulakan perusahaan keropok lekor.

Oleh kerana kekangan tugas sebagai pemborong ikan, dia hanya dapat memasarkan keropok lekor keluaran syarikatnya kepada beberapa orang penjual di pasar malam sekitar Selayang.

Menyedari sambutan yang semakin menggalakkan daripada pelanggan, Wan Mohd. Yusof mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah lot tanah di Kampung Padang Balang, Sentul bagi memudahkan pengeluaran keropok berkenaan.

Selain penghasilan produk utama seperti keropok lekor, kini Softa sedang giat mempromosikan produk sejuk beku lain seperti sata dan otak-otak.

Menurut Wan Mohd. Yusof, kedua-dua produk tersebut dihasilkan dalam pelbagai variasi seperti inti sata dibalut kulit popia dan otak-otak tradisional yang dibungkus dalam daun pisang.

Sehingga kini, produk sejuk beku Softa telah berada di beberapa pasar raya sejuk beku sekitar Lembah Klang serta turut menjadi pemborong kepada peniaga pasar malam sekitarnya.

Mengenai perancangan memajukan rangkaian jenama Softa, Wan Mohd Yusof menjelaskan, promosi kini sedang giat dijalankan termasuk menggunakan lori bergerak ketika Festival Halal, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) dan sebagainya.

"Bagi memperkenalkan rangkaian produk, Softa menyertai pameran makanan halal seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), MIHAS dan sebagainya supaya orang ramai dapat mengenali produk kami dengan lebih dekat.

"Kami percaya, dengan menyertai pameran seperti itu, orang ramai dapat rasa sendiri keenakan rangkaian produk kami sekali gus akan memilih jenama ini sebagai pilihan di masa akan datang," ujarnya penuh yakin.

Ketika ditanya mengenai sumber bekalan isi ikan, dia menjelaskan, pelbagai spesies ikan terpilih digunakan bagi menyediakan keropok lekor dan produk lain.

Jelasnya bahan mentah tersebut didatangkan khas dari Besut, Terengganu dan Kedah dua kali seminggu dengan setiap bekalan sebanyak tiga tan.

Berdasarkan bekalan bahan mentah, Softa berupaya menghasilkan sehingga dua tan keropok lekor dan 30 kilogram sata setiap hari selain produk sampingan lain seperti bebola ikan.

Dengan bantuan seramai 30 orang pekerja di kilangnya yang terletak di Bukit Beruntung, kini Softa mampu memenuhi permintaan pelanggan sekitar Seremban, Melaka, Perak , Pahang dan Terengganu.

Thursday, 28 June 2012

Piawaian halal luaskan peluang niaga



GEORGE TOWN 28 Jun - Pelaksanaan piawaian MS2400 berdasarkan sistem Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline (HTAPS) adalah jaminan pendekatan yang ideal dalam usaha menyediakan produk yang selamat, suci dan berkhasiat, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Halal Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Sidin.

Beliau berkata, pelaksanaan siri MS2400 itu juga boleh membantu menghilangkan kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan dan kesucian produk semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan peruncitan.

"Piawaian ini berpegang kepada prinsip memelihara integriti halal sepanjang rantaian bekalan, ia juga bertujuan mengelakkan berlakunya pencemaran produk halal sekiranya disimpan bersama-sama dengan produk tidak halal," katanya dalam ucaptama pada seminar "Peluang-peluang Dalam Logistik Halal dan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean" di sini hari ini. Teks ucapannya dibaca oleh Naib Presiden HDC ,Dr. Malik Musharaf. - BERNAMA